Isim Mausul (اسم الموصول)


Isim Mausul  (
اسم الموصول) ❤

Isim mausul adalah isim mabni yang menunjukkan kepada sesuatu yang tertentu dengan perantara kalimat setelahnya yang dinamakan shilah maushul.  Isim Mausul adalah daripada isim-isim yang makrifah (معرفة). Maksud isim mausul di dalam bahasa Melayu ia bermaksud yang.

Isim-isim mausul adalah:

1. Untuk mufrad mudzakkar. : الّذي

Contoh: حضر الّذي نجح (Telah hadir seorang lelaki yang berjaya)

2. Untuk mufrad muannas. : الّتي

Contoh: كوفئت الطّلبة الّتي توّفقت (Pelajar perempuan yang unggul itu diberi hadiah)

3. Untuk musanna mudzakkar : لَلذان

Contoh: سافر اللذان أقاما في الفندق (Dua orang lelaki yang tinggal di hotel itu telah safar.)

4. Untuk musanna muannas : الَلتان

Contoh:
الَلتان واظبتا على الحضور نجحتا (Dua wanita yang selalu hadir itu berjaya.)

5. Untuk jamak lelaki yang ramai berakal. : الّذينَ

Contoh:  لا أحب الّذين يتباوهون بأعمالهم(Aku tidak suka kepada orang-orang yang berbangga dengan perbuatannya.

6. Untuk jamak perempuan yang ramai : الَلائى dan اللاتى

Contoh: أحسنت السّيدات اللاتى تكلّمن (Para nyonya yang bercakap itu telah berbuat baik.)

مشتركة

Jenis Huruf

Keterangan

- مَن - ما - أي

- أل - ذو - ذا

Keenam-enam huruf ini merangkumi makna mufrod, musanna dan jamak.
Begitu juga dari sudut muzakkar muannansnya. Tidak ada pengkhususan bagi setiap satunya.


Contoh :
1.
من يعجبني من جاءك @ من جائتك (menunjukkan makna muzakkar mahupun muannas)
2.
ما يعجبني ما اشتريته @ ما اشتريتهما @ ما اشتريتهم (menunjukkan  mufrod, musanna dan jamak)
3. Sedikit perbezaan
أل  dengan أل yang lain disyaratkan hanya dimasukkan kepada وصف صريخ. Dimaksudkan وصف di sini hanya 3 iaitu:

         I.            Isim Fa'il ( اسم الفاعل )

      II.            Isim Maf'ul ( اسم المفعول )

   III.            Sifah Mushabbahah ( الصفة المشبهة )

( Jika أل ini masuk pada selain dari pada 3 perkara ini maka ianya bukanlah dari kalangan isim mausul, malah ia adalah daripada ال yang memakrifahkan isim )

❤❤❤

4. ذو hanya digunakan sebagai isim mausul mengikut pendapat bani toyyik (طيىء) iaitu salah satu kaum yang terdapat di bumi arab.

5. ذا sebagai isim mausul ia perlu didahului dengan ما الإستفهامية atau من الإستفهامية .

Contoh : ماذا أنزل ربكم ؟ dan من ذا قالها ؟










Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Syibih Jumlah

Silah Mausul