Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2022

Syibih Jumlah

Imej
Syibih Jumlah Syibih jumlah ini terbahagi kepada 3 perkara iaitu : (1) Zorof [ الظرف ] (2) Jar Majrur [ جر مجرور ] (3) Sifah Sorihah [ الصفة الصريحة ] Zorof dan Jar Majrur mestilah jumlah yang sempurna ( تام ) ❤ Tidak boleh dianggap sebagai Silah mausul jika mana maknanya tidak sempurna.      Contoh : جاء الذي أمس ( ayat ini masih tidak sempurna maknanya disebabkan makna yang terdapat  pada zorof itu masih kabur, jadi ia tidak boleh dianggap sebagai silah mausul ) ❤ Ia berkaitan ( متعلقة ) dengan feel mahzuf استقر dan domir mustatir yang tersembunyi di dalam feel tersebut kembali kepada 2 perkara itu, maka sah syibih jumlah itu dianggap sebagai Silah mausul.      Contoh : جاء الذي أمس (sah أمس dianggap silah mausul jika takdirnya) :   جاء الذي استقر أمس      

Silah Mausul

Silah Mausul 💚 a) Terbahagi kepada 2 bahagian besar iaitu jumlah ( الجملة ) dan syihib jumlah ( شبه الجملة ). b) Jumlah pula terbahagi kepada 2 iaitu jumlah ismiyah dan jumlah fi'liyyah dan mempunyai 2 syarah iaitu : 💟💟💟   1.         Mestilah ia daripada jumlah خبرية iaitu jumlah yang berkemungkinan mengandungi       makna benar ( صدق ) atau palsu ( كذب ). Jika jumlah tersebut merupakan jumlah إنشائية maka tidak sah ia dianggap sila h mausul. Mestilah jumlah tersebut dihubungkan dengan Domir yang bersesuaian dengan keadaan mausul. Sama ada sesuai dari sudut mufrodnya, atau jamaknya, atau muannasnya atau apa sahaja. (Contoh: جاء الذي أكرمته : domir ( ـه)  di sini bersesuaian dengan الذي pada mufrod muzakkar)

Isim Mausul (اسم الموصول)

Imej
Isim Mausul  ( اسم الموصول ) ❤ Isim mausul adalah isim mabni yang menunjukkan kepada sesuatu yang tertentu dengan perantara kalimat setelahnya yang dinamakan shilah maushul.  Isim Mausul adalah daripada isim-isim yang makrifah ( معرفة ). Maksud isim mausul di dalam bahasa Melayu ia bermaksud yang. Isim-isim mausul adalah: 1.   Untuk mufrad mudzakkar. : الّذي Contoh: حضر الّذي نجح (Telah hadir seorang lelaki yang berjaya) 2.  Untuk mufrad muannas . : الّتي Contoh: كوفئت الطّلبة الّتي توّفقت (Pelajar perempuan yang unggul itu diberi hadiah) 3.   Untuk musanna mudzakkar  : لَلذان Contoh:  سافر اللذان أقاما في الفندق (Dua orang lelaki yang tinggal di hotel itu telah safar.) 4.  Untuk musanna muannas : الَلتان Contoh: الَلتان واظبتا على الحضور نجحتا (Dua wanita yang selalu hadir itu berjaya.) 5.  Untuk jamak lelaki yang ramai berakal. : الّذينَ Contoh:  لا أحب الّذين يتباوهون بأعمالهم (Aku tidak suka kepada orang-orang...